Thursday 7 February 2013

Penternakan: Pelepasan Benih Talapia Merah

Pada 6/2/2012 tercatat sejarah sendiri bagi Kelab Panji Syahadah telah melepaskan benih ikan jenis Talapia Merah untuk projek penternakan. Projek ini telah menggunakan banyak masa, wang dan tenaga dari induk Kelab Panji Syahadah yang bertempat di Felda Tersang 1, Raub, Pahang.


Proses Pembelian benih ikan:


Pengasas dan Penasihat Kelab Panji Syahadah.


Pengerusi Induk dan Setiausaha Induk Kelab Panji Syahadah.







Proses Pelepasan Benih Ikan Talapia Merah:


Keadaan Kolam yang sudah siap:



(Plastik disangkut dan jaring direntang untuk mengelakkan anak ikan dari disambar oleh burung liar)


Diharapkan dengan titik mula ini akan bercambah empayar ekonomi Kelab Panji Syahadah, "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit" itulah yang Kelab Panji Syahadah pegang dan sekiranya tidak dipecahkan ruyung bagaimana kan dapat sagunya. Kelab Panji Syahadah juga ingin meminta jasa baik sahabat untuk mendoakan kejayaan kami. Berjuang kerana Allah. InsyaAllah.


1 SYAHADAH, 1 AKIDAH, 1 KALIMAH







Sunday 3 February 2013

PENTERNAKAN: Projek Talapia Merah

Bermula tahun Baru 2013.... bermakna Kelab Panji Syahadah telah masuk tahun ke-2, seiringan dengan itu Kelab ini telah mengorak langkah dengan satu lagi projek perniagaan yang berteraskan penternakan iaitu projek kolam ikan Talapia merah.


Tapak Asal Kolam :




Pembersihan Tempat oleh ahli induk:



PENGASAS DAN SETIAUSAHA KELAB.



Kolam yang telah siap:






Projek ini dibuat selaras dengan konsep kelab iaitu UKHWAH, EKONOMI dan BERKEBAJIKAN. Diharapkan agar dimasa akan datang Kelab Panji Syahadah akan lebih maju kehadapan dan diharapkan doa-doa dari sahabat dan masyarakat agar kelab ini sentiasa dipermudahkan dari segenap urusan.




Penubuhan Kelab Panji Syahadah

Penubuhan Kelab Panji Syahadah bermula dari idea pengasas yang ingin menubuhkan kelab  PANJI (Pertemuan Antara Negeri Jemaah Islam) di susuli dgn perubahan kelab PANJI 29 dan akhirnya menjadi KELAB PANJI SYAHADAH.

Menjadikan KELAB PANJI SYAHADAH sebagai kelab titik pertemuan antara sahabat2 islam di seluruh negeri dlm silaturahim supaya kita sama2 beriadah, beraktiviti, berkebajikan dan bersama-sama membangunkan ekonomi .
Kelab Panji Syahadah Menumpukan kepada Ukhwah, Ekonomi dan Kebajikan
Kelab ini telah didaftarkan dibawah SSM:

SYARIKAT PANJI TIMUR PS ENTERPRISE 
(REG NO: CT0013577-D)

Matlamat Kelab adalah untuk mencapai sasaran berikut:

PS- PERNIAGAAN SAHABAT
- menguruskan perniagaan makanan

PS-PERTANIAN SAHABAT
- bertani secara polibeg

PS-PERTERNAKAN SAHABAT
-ternakan ikan dan arnab

PS-PRODUK SAHABAT
-pakian, eksosori lelaki, barangan cenderahati dan pelbagai.

BG MENCARI ILMU DAN AMAL DI INDUK KELAB:
-mengadakan kelas mengaji alquran peringkat belia
-akan menganjurkan khursus menguruskan jenazah
-mengadakan majlis ilmu dari masa ke semasa
-mewujudkan unit amal.




~sebarang pertanyaan boleh di salurkan kepada:
admin group PANJI SYAHADAH.

INDUK PANJI SYAHADAH
-093403594
-017-3087436.



FB Pengasas: Izam Ahmad

Thursday 1 November 2012

Aktiviti: Hari Ukhwah KELAB PANJI SYAHADAH (Disember 2012)


Assalamualaikum...

Kelab Panji Syahadah akan mengadakan Perkhemahan terbuka pada Disember ini... segala info dan update boleh dilihat di Page Kelab Panji Syahadah: https://www.facebook.com/groups/kelabPANJISYAHADAH/

Untuk keahlian dan pertanyaan boleh hubungi: 
Encik Izam Ahmad093403594
                             - 017-3087436
          Iman Faruq - 0193944652


" 1 SYAHADAH, 1 AKIDAH, 1 KALIMAH"


Wednesday 26 September 2012

Panji Syahadah: Usaha yang berterusan.

Assalamualaikum w.b.t.

Kelab Panji Syahadah telah memulakan satu lagi bidang penternakan dengan membuka kolam ikan  sepat untuk projek ikan perkasam.





Selain itu update dari pertenakan Arnab:


Pembesaran kandang arnab yang lebih selesa




Selain itu juga Pejabat Induk Kelab Panji Syahadah juga dalam proses pembinaan:



Proses meratakan tapak kecil Pejabat Induk



Moga usaha yang kecil ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar, InsyaAllah. Jika ada sahabat2 yang ingin menyertai kelab ini boleh kunjungi link ini: Kelab Panji Syahadah.







Tuesday 3 July 2012

Panji Syahadah: Dari sudut usaha Penternakan.

Bismillah.....
Assalamualaikum.....

Kelab Panji Syahadah melangkah selangkah lagi dengan terhasilnya usaha untuk menceburi bidang Penternakan.

LOGO PENTERNAKAN


Walaupun baru bermula tetapi tanpa usaha manakan dapat hasilnya, Jadi dengan kesedaran ini, kelab Panji Syahadah telah memulakan usaha penternakannya dengan memelihara arnab untuk pasaran daging dan juga umum.

Induk Betina:





Induk Jantan:




Baka Teddy Bear (jantan) :


Jadi kami dari pihak induk ingin meminta anda mendoakan usaha kami dan sama-sama kita bangunkan ekonomi untuk mengukuhkan Agama dan Bangsa kita, InsyaAllah.

Tuesday 26 June 2012

Majlis Doa Selamat Kelab Panji Syahadah (Aktiviti )

Pada 16 Jun 2012, Kelab Panji Syahadah telah mengadakan majlis doa selamat di rumah Pengasas kelab di Felda Tersang 1, Raub Pahang. Sambutan yang diterima sangat baik oleh masyarakat berdekatan. Selain dari itu juga mesyuarat Ajk Induk telah diadakan.

 Suasana ketika majlis berlangsung:





Ahli2 Kelab bekerjasama ketika majlis berlangsung:









Selepas mesyuarat dan penubuhan ajk induk: